Info

|

1.MUQADDIMAH

Yayasan Sekolah Al-Quran atau ringkasannya Y.S.A.Q.K.L. merupakan sebuah sekolah yang bertaraf yayasan yang memberi peluang kepada warga kota Kuala Lumpur untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan kalam Allah AL-Quranul Karim secara percuma agar mereka dapat beribadat di samping kesibukan mereka mencari rezeki di bandaraya ini.


2.MATLAMAT

Y.S.A.Q.K.L. mensasarkan matlamat untuk membasmi buta Al-Quran di kalangan masyarakat dewasa di sekitar Lembah Klang khususnya warga bandaraya Kuala Lumpur.


3.OBJEKTIF YSAQKL

-Memberi kesedaran kepada peserta betapa pentingnya membaca Al-Quran dengan betul.

-Memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah membaca Al-Quran dengan betul melalui peringkat asas dan tilawah hingga khatam.

-Mempertingkatkan mutu bacaan para peserta melalui kaedah talaqqi musyafahah (proses pembelajaran dua hala).



4.SEJARAH PENUBUHAN

FAKTA RINGKAS SEJARAH PENUBUHAN YSAQKL

Y.S.A.Q.K.L. yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Al - Quran Kuala Lumpur ( S A Q K L ) telah ditubuhkan pada bulan 1hb Jun 1998 bersamaan 06 Safar 1419 beralamat di tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House) 33, Jalan Yap Ah Shak , 50300 Kuala Lumpur

Idea penubuhan S.A.Q.K.L pada masa tersebut adalah dengan perbincangan antara Pengasas S.A.Q.K.L. yang merupakan seorang ahli Perniagaan dengan Bekas Mudir Pertama Ustaz Badarudin bin Toroji Al-Hafiz dengan bermatlamatkan untuk membasmi Buta Al-Quran di kalangan masyarakat dewasa sekitar Lembah Klang

Kelas pengajian yang pertama telah bermula pada hari Isnin 08 Jun 1998 dengan bilangan kelas sebanyak 5 buah kelas dengan tenaga pengajar seramai 10 orang (5 orang untuk sesi pagi dan 5 orang sesi petang). Mereka adalah di kalangan Al Hafiz Dalam Dan Luar Negeri.

Manakala pada 02 Mei 2000 Sekolah ini di naikan taraf kepada YAYASAN SEKOLAH AL QURAN KUALA LUMPUR atau ringkasannya Y.S.A.Q.K.L.

Pada masa yang sama juga Y.S.A.Q.K.L. membuka sebanyak 3 kelas lagi menjadikan 8 kelas dan menambahan kakitangan seramai 6 orang tenaga pengajar yang menjadikan jumlah kesemuanya seramai 16 orang dikalangan al-hafiz dan graduan dalam dan luar negara

Semua ini adalah cetusan idea pengasas Y.S.A.Q.K.L. serta hasil daripada kerjasama antara pentadbir Y.S.A.Q.K.L. dan ustaz–ustaz. Mereka memikirkan betapa pentingnya kalam Allah ini di syiarkan. Lebih lebih lagi di tengah ibu kota. Dan berazam supaya semua warga kota di Lembah Klang ini mampu membaca al-Quran dengan baik.


5.PENUTUP

Y.S.A.Q.K.L. akan terus berusaha untuk memberi khidmat pengajian Al-Quran secara percuma kepada warga bandaraya Kuala Lumpur agar bacaan Kalam Allah ini terus merahmati seluruh alam semester, khususnya di Malaysia yang tercinta.

Semoga Allah Taala menerima amalan mulia lagi murni ini sebagai satu kebajikan amal soleh untuk semua warga Yayasan Sekolah Al-Quran Kuala Lumpur.

 

©2009 ياياسن سكوله القرأن كوالا لومفور | Template Blue by TNB