Program Pengajian

|

PROGRAM PENGAJIAN


Pengajian Al-Quran di Y.S.A.Q.K.L adalah secara Talaqqi Musyafahah iaitu proses pembelajaran secara dua hala antara para peserta dan tenaga pengajar.

Program pengajian tersebut adalah tertumpu kepada bidang pengajian Al-Quran dan Tajwid yang bersandarkan kepada dua peringkat utama iaitu:

1.Peringkat Asas Bacaan Al-Quran dan;
2.Peringkat Tilawah Al-Quran.

PERINGKAT ASAS

Peringkat Asas Bacaan Al-Quran merupakan peringkat yang penting kepada setiap peserta. Peringkat ini merangkumi pendedahan kaedah untuk membaca Al-Quran yang bermula daripada mengenal huruf-huruf Al-Quran dari sudut sebutan makhraj dan sifat yang betul hinggalah kepada penjelasan hukum-hukum tajwid.

Sepanjang peringkat asas ini, para peserta didedahkan dengan kaedah bacaan serta hukum-hukum tajwid secara berperingkat dengan menggunakan kaedah IQRA’. Kaedah ini didapati bersesuaian untuk semua peringkat umur. Ini adalah kerana ia dibahagikan kepada 6 peringkat utama yang diterapkan melalui setiap jilid IQRA’ pertama hingga keenam.

Di samping itu, kaedah IQRA’ ini juga telah disemak dan diperakui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu kaedah yang baik dan berkesan untuk semua peringkat dalam usaha untuk mempelajari bacaan Al-Quran.

PERINGKAT TILAWAH AL-QURAN

Pada peringkat tilawah Al-Quran ini para peserta didedahkan dengan bacaan Al-Quran secara keseluruhan dengan bacaan yang betul mengikut bacaan Riwayah Hafs daripada Imam ‘Asim.

Dengan ini, para peserta akan dibimbing untuk membaca Al-Quran yang merangkumi 30 juzuk. Bacaan mereka akan perhatikan oleh guru masing-masing serta akan diperbetulkan sekiranya berlaku kesilapan dalam bacaan mereka.

Bacaan peringkat ini menggunakan Al-Quran Mashaf Uthmani.

Setiap peserta yang telah melalui peringkat kedua ini sehingga khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk, mereka akan dianugerahkan Sijil Khatam Al-Quran oleh pihak Y.S.A.Q.K.L. sebagai penghargaan di atas usaha mereka mempelajari bacaan Al-Quran.

Sijil ini akan dianugerahkan kepada peserta setelah mereka menduduki peperiksaan peringkat Al-Quran yang diadakan sekali setiap tahun.

Waktu Pengajian

Sesi Pagi

a) 8.00-9.00 pg
b) 9.15-10.15 pg
c) 10.30-11.30 pg
d) 11.45-12.45 tgh
e) 1.00-2.00 ptg

Sesi Petang
a) 3.30-4.30 ptg
b) 5.00-6.00 ptg
c) 6.05-7.05 ptg
d) 8.00-9.00 mlm
e) 9.10-10.10 mlm

Jadual Pengajian : 1 jam, 2 kali seminggu pada hari tersebut. Isnin & Selasa,
Rabu & Khamis, Sabtu & Ahad

PESERTA PROGRAM

Peserta yang terlibat dalam pengajian Al-Quran di YSAQKL adalah golongan dewasa lelaki mahupun perempuan berumur 13 tahun ke atas yang berada di sekitar Lembah Klang, khususnya di bandaraya Kuala Lumpur.

 

©2009 ياياسن سكوله القرأن كوالا لومفور | Template Blue by TNB